Halaman

Ahad, 5 Februari 2012

Organ pendengaran:)


wah!wah!wah!:) setelah sekian lama menyepi dari berblog ini maka saya budak sains ini akan memberi nota yg terlampau ringkas ini bagi penggemar sains:) Ops!nota apaan? tajuknya apa? tajuknya berada di atas yaa seperti mana yg telah ditulisin oleh saya <3 (cakap indon lh pulak) :)

Organ pendengaran adalah penting kerana tanpa ia kita tidak dapat mendengar!!.Tahukan anda organ pendengaran terdiri daripada beberapa bahagian yg penting dan bahagian yg tidak mengambil kira (tidak penting) bagi proses pendengaran.


BAHAGIAN TELINGA MANUSIA
Telingan terdiri daripada tiga bahagian=
A) telinga luar
b)telinga tengah
c)telinga dalam

TELINGA LUAR
Bahagian luar merupakan bagian terluar dari telinga. Telinga luar terdiri daripada cuping telinga, lubang telinga, dan saluran telinga luar. Telinga luar meliputi cuping telinga atau pinna, lubang telinga atau meatus auditorius eksternus, dan gegendang telinga atau membrana timpani.
Bahagian cuping telinga berfungsi untuk membantu mengarahkan bunyi ke dalam lubang telinga dan akhirnya menuju ke gegendang telinga. Bentuk yang begitu rumit pada telinga luar berfungsi untuk menangkap bunyi dan bahagian terpenting adalah lubang telinga. Saluran ini merupakan hasil susunan tulang dan rawan yang dilapisi kulit tipis.
Di dalam saluran terdapat banyak kelenjar yang menghasilkan zat seperti lilin yang disebut serumen atau tahi telinga. Hanya bahagian saluran yang menghasilkan sedikit serumen yang memiliki rambut. Pada hujung saluran terdapat gegendang telinga yang meneruskan bunyi ke telinga dalam.
Keradangan pada bahagian telinga ini disebut sebagi otitis eksterna. Hal ini biasanya terjadi kerana kebiasaan mengorek telinga dan akan menjadi masalah bagi pesakit diabetes mellitus .

                                                               TELINGA TENGAH
Telinga tengah meliputi gegendang telinga, 3 tulang osikel pendengaran (tukul, andas dan rakap). Pinggir tiub Eustachio juga berada di telinga tengah.
Getaran suara yang diterima oleh gegendang telinga akan disampaikan ke tulang pendengaran. Setiap tulang pendengaran akan menyampaikan getaran ke tulang berikutnya. Tulang stap yang merupakan tulang terkecil di tubuh meneruskan getaran ke koklea.
Pada manusia dan haiwan darat yang lain, telinga tengah dan saluran pendengaran akan terisi udara dalam keadaan normal. Tidak seperti pada bahagian luar, udara pada telinga tengah tidak berhubungan dengan udara di luar tubuh.
Tiub Eustachio menghubungkan ruangan telinga tengah ke kerongkong. Dalam keadaan biasa, hubungan tiub Eustachio dan telinga tengah tertutup dan terbuka ketika mengunyah dan menguap. Hal ini menjelaskan mengapa penumpang kapal terbang berasa 'pekak sementara' ketika mendarat. Rasa 'pekak' disebabkan wujudnya perbezaan tekanan antara udara sekeliling. Tekanan udara di sekitar telah menurun, sedangkan di telinga tengah merupakan tekanan udara biasa. Perbezaan ini dapat diatasi dengan mekanisme mengunyah sesuatu atau menguap.
Peradangan atau jangkitan pada bahagian telinga ini disebut sebagai Otitis Media.

      TELINGA DALAM
Pendengaran

Potongan melintang koklea. Endolimfa terdapat pada skala media - kawasan hijau terang pada tengah rajah.
Telinga dalam terdiri daripada labirin bertulang, sebuah rangkaian rongga pada tulang pelipis yang dilapisi periosteum yang berisi cairan perilimfa dan labirin bermembran, yang terletak lebih dalam dan memiliki cairan endolimfa. Di depan labirin terdapat koklea.
Bahagian atas skala media dihadkan oleh membran vestibularis atau membran Reissner dan sebelah bawah dihadkan oleh oleh membran basilaris. Di atas membran basilaris terdapat organo corti yang berfungsi mengubah getaran suara menjadi impuls.
Organo corti terdiri daripada sel rambut dan sel penyokong. Di atas sel rambut terdapat membran tektorial yang terdiri dari gelatin yang lentur, sedangkan sel rambut akan dihubungkan dengan bagian otak dengan saraf vestibulokoklearis.

Keseimbangan
Selain bahagian pendengaran, bahagian telinga dalam terdapat pengesan keseimbangan. Bahagian ini secara struktur terletak di belakang labirin yang membentuk struktur utrikulus dan sakulus serta tiga salur separa bulat atau kanalis semisirkularis. Kelima-lima bahagian ini berfungsi mengatur keseimbangan badan dan memiliki sel rambut yang akan dihubungkan dengan bahagian keseimbangan dari saraf vestibulokoklearis.


Klik sini untuk melihat video berkaitan proses pendengaran telinga.


suka?komen!

Khamis, 2 Februari 2012

Respirasi manusia:)




Hello  ok subjek kali ini diambil dari tingkatan 3 bab pertama iaitu respirasi  Kemungkinan ia lari dari syllabus pembelajaran tingkatan 3 kerana blog ini untuk pengetahuan sains secara mendalam

A) APAKAH ITU RESPIRASI???
>>Respirasi merupakan satu sistem tarikan dan hembusan nafas.
>>Sistem respirasi manusia ialah satu rangkaian yang melibatkan:
a) sistem pernafasan
b)Respirasi sel
c)sistem peredaran darah.

B) SISTEM PERNAFASAN
>>Sistem pernafasan manusia terdiri daripada:
a)organ pernafasan=hidung,trakea,bronkus,brokiol dan alveolus.
b)sangkar tulang rusuk-tulang rusuk dan otot interkostal
c)diafragma


C) ORGAN PERNAFASAN MANUSIA SERTA FUNGSI

hidung
Rongga hidung dilapisi oleh sel-sel epitelium. Sel-sel ini dibekali dengan salur darah yang memberikan kelembapandan kepanasan (pada suhu badan) terhadap udara yang memasuki rongga hidung.Sel epitelium juga mempunyai bulu halus untuk menapis udara daripada objek-objek seperti habuk atau serangga untuk masuk bersama-sama udara sedutan.Mukus yang dihasilkan oleh sel epitelium pula akan memerangkap debu-debu dan partikal asing (zarah-zarah seni) lalu ditolak ke kerongkong melalui tindakan silia (gerakan bulu-bulu halus sel epitelium) dan memasuki sistem penghadaman untuk dikeluarkan.Udara dari rongga hidung akan melalui faring dan laring sebelum memasuki trakea.Semasa menelan makanan, satu tisu dipanggil epiglotis akan menutup laring secara automatik bagi menghalang makanan dan cecair memasuki paru-paru. Tindakan refleks batuk berlaku sekiranya mekanisma ini gagal berfungsi dengan sempurna untuk mengeluarkan semula benda asing tersebut dan menghalangnya memasuki paru-paru.

Trakea
Trakea terbina dari gegelang rawan pada dindingnya untuk mengelakkannya runtuh. Trakea juga dilapisi dengan membran bermukus yang mengandungi sel bersilia.Mukus yang mengandungi partikel asing terperangkap akan ditolak ke faring melalui gerakan silia untuk diludah keluar atau ditelan melalui kerongkong.

Bronkus
Trakea akan bercabang dua membentuk bronkus. Satu cabang ke paru-paru kini dan satu lagi ke paru-paru kanan.Bronkus juga diselaputi oleh membran mukus yang mengandungi sel bersilia. Peranan mukus dan sel bersilia sama seperti di dalam trakea.

Paru-paru
Paru-paru merupakan sepasang organ berspan yang terletak di dalam rongga toraks. Setiap satu paru-paru diselaputi dengan satu membran di namakan membran pleural.Paru-paru orang dewasa, jika disusun mempunyai saiz sebesar gelanggang tenis!.

Bronkiol
Di dalam paru-paru, bronkus akan berpecah membentuk cabang-cabang yang lebih kecil dipanggil bronkiol. Terdapat lebih dari 1 juta bronkiol di dalam setiap paru-paru. Hujung bronkiol akan membentuk kantung-kantung udara kecil yang dinamakan alveolus.

Alveolus
Setiap pasang paru-paru mengandungi lebih kurang 300 juta alveolus yang dilitupi dengan satu jaringan kapilari darah. Alveolus dapat membesarkan luas permukaan paru-paru sekitar 50 hingga 100 meter persegi bagi membolehkan pertukaran gas berlaku.Alveolus ibarat satu balang kosong yang sangat kecil. Dinding alveolus hanya terdiri dari satu lapisan sel sahaja.Terdapat bendalir badan yang memisahkan alveolus dengan dinding kapilari pulmonari.Dinding alveolus dan kapilari yang nipis (satu lapisan sel epitelium sahaja) membenarkan pertukaran gas oksigen dankarbon dioksida berlaku melalui proses resapan.

Sangkar Tulang Rusuk
 Sangkar tulang rusuk adalah tertutup oleh tulang-tulang rusuk dan otot interkosta. 
otot interkosta ialah otot yang menyambung dua tulang rusuk bersebelahan. Terdapat dua jenis otot interkosta iaitui nterkosta luar (bahagian bawah menghala keluar) dan interkosta dalam (bahagian bawah otot menghala ke dalam.

Diafragma
 Diafragma ialah otot yang membahagikan rongga toraks dengan bahagian abdomen. Ia juga membantu menutupsangkar tulang rusuk.



suka?komen!

Rabu, 1 Februari 2012

Kenapa?


Ok blog ini ditubuhkan bagi sesiapa yg meminati subjek sains :)Blog ini merangkumi chapter-chapter yg terkandung di dalam buku teks tingkatan 1-3 :) blog ini akan memberi tips-tips dan nota yg ringkas kepada penggemar subjek ini.
Harap anda sudi menjenguk blog ini yg tidak seberapa:) sekian sahaja:)

suka?komen!